Sunday 31 January 2016

SEDETIK PERTEMUAN SEJUTA HARAPAN

Sedetik pertemuan sejuta harapan merupakan satu program yang dikhaskan untuk ibu bapa dan pelajar tahun 6. Pertemuan ini besar maknanya bagi pihak sekolah untuk membantu ibu bapa dan murid dalam meningkatkan akademik dan juga sahsiah. Program ini berlansung pada 30 Januari 2016 (sabtu). Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En. Asri bin Ngosman sudi hadir untuk program ini. Ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan En. Idzhar bin Jumali, Perunding Utama SELFCURE RESOURCES. Semoga ilmu yang diberikan oleh beliau dapat menaikan semangat murid, ibu bapa dan pihak sekolah. 






Untuk melihat gambar-gambar yang selanjutnya, sila layari facebook kami