Sunday 31 January 2016

SEDETIK PERTEMUAN SEJUTA HARAPAN

Sedetik pertemuan sejuta harapan merupakan satu program yang dikhaskan untuk ibu bapa dan pelajar tahun 6. Pertemuan ini besar maknanya bagi pihak sekolah untuk membantu ibu bapa dan murid dalam meningkatkan akademik dan juga sahsiah. Program ini berlansung pada 30 Januari 2016 (sabtu). Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En. Asri bin Ngosman sudi hadir untuk program ini. Ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan En. Idzhar bin Jumali, Perunding Utama SELFCURE RESOURCES. Semoga ilmu yang diberikan oleh beliau dapat menaikan semangat murid, ibu bapa dan pihak sekolah. 






Untuk melihat gambar-gambar yang selanjutnya, sila layari facebook kami

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK DUSUN NANDING 2016

28 JANUARI 2016














PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Selama 3 minggu program transisi berjalan.. Pada 21 Januari 2016, telah berlansung Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 bagi tahun 2016. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang 3 minggu. Semoga mereka menjadi permata yang berharga untuk SK Dusun Nanding.












Untuk melihat gambar-gambar program transisi..anda diminta melayari facebook kami.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKDN 2016

Pada 22 Januari 2016, Unit Kokurikulum SK Dusun Nanding menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Seramai 600 murid dari tahun 1 hingga tahun 6 menyertai merentas desa. Keceriaan, kemeriahan dan keseronokkan. Tahniah rumah Satria (Biru) menjadi Johan dalam Kejohanan Merentas Desa 2016... Tahniah juga diucapkan pada semua murid yang menyertai merentas desa. Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Perlaksana Kejohanan Merentas Desa 2016.






















Untuk melihat gambar-gambar selanjutnya..anda boleh lihat di facebook kami..

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2016

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

11 JANUARI 2016