SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING



Sekolah  Kebangsaan  Dusun  Nanding  mula  beroperasi  pada  06  Januari  2003  dengan  kekuatan  tenaga  pengajarnya  seramai  22  orang  yang  terdiri  dari  10  orang  Guru  Tetap  dan  12  orang  Guru  Sandaran  Tidak  Terlatih  (GSTT) diterajui oleh Pn Nazirah binti Mohd Nordin sebagai guru besar.  Bilangan  murid  seramai  385  orang  yang  dipindahkan  dari  sekolah-sekolah  yang  berdekatan  iaitu  SK Sungai Serai  dan  SK  Tun  Abdul  Aziz  Majid.

       SK  Dusun  Nanding  yang  jaraknya  lebih  kurang  14 km  ke  Bandar  Kajang  dan  15  km  ke  Bandaraya  Kuala  Lumpur  merupakan  Sekolah  Kebangsaan  yang  sepatutnya  didirikan  di  kawasan  Kampong  Dusun  Nanding.  Oleh  kerana  keluasan  tanah  pada  tapak  asal  tidak  dapat  menampung keperluan  yang  dikehendaki ,  pihak  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah  mencapai  persetujuan  untuk  bertukar  tapak  di  mana  tapak  asal  telah  diserah  kepada  MAIS  dan  sekolah  ini  telah  didirikan  di tapak  yang  ada  sekarang  dengan  keluasan  6.5  hektar/ekar  iaitu  berkongsi  dengan  SMK Dusun  Nanding.

               Pada 16 Julai 2011 Pn Sadiah binti Ahmad mengambil alih tugas sebagai guru besar yang ke dua. Beliau adalah guru besar di  SK Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. Puan Sadiah bt Ahmad berkhidmat di SK Dusun Nanding dari 16 .07.2011 hingga 30.06.2012 selama 11 bulan dan beliau telah bertukar pula di SK Kampung Rinching, Semenyih.

       Pada 01 Julai 2012 Pn Noridah binti Abdul Aziz mengambil alih tugas sebagai guru besar yang ke tiga. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Bandar Rinching sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Puan Noridah binti Abdul Aziz berkhidmat di SK Dusun Nanding dari 01 .07.2012 hingga 30.05.2015 selama 2 tahun 10 bulan dan beliau telah bertukar pula di SK Desa Baiduri, Hulu Langat.

Kini SKDN diterajui oleh Pn Zubidah binti Anuar bermula 01 Jun 2015. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Bandar Seri Putra sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau berazam untuk membangunkan Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding ke arah kecemerlangan.